PROGRAM KOMUNITI · KESIHATAN REMAJA
Ceramah Kesihatan Remaja di Sekolah Kebangsaan Tenaga Sepakat
Bersama murid melangkah ke alam remaja dengan lebih yakin dan bersedia.
Tarikh program:
Diterbitkan
Sekolah Kebangsaan Tenaga Sepakat, Parit Yaani, Batu Pahat

Klinik Tiara berpeluang menyantuni murid-murid Sekolah Kebangsaan Tenaga Sepakat, Parit Yaani menerusi Ceramah Kesihatan Remaja pada 19 November 2026, yang disampaikan oleh Dr Siti Hajar binti Sapari, Pengarah Klinik Tiara.
Usia awal remaja ialah fasa peralihan yang penting. Ceramah ini membantu murid mengenali perubahan yang bakal mereka lalui, supaya mereka dapat melangkah ke alam remaja dengan lebih yakin, tenang dan bersedia.
Antara topik yang dikongsikan
- Persediaan alam remaja. Mengenali perubahan fizikal tubuh, menjaga kebersihan diri, serta membina tabiat sihat dari sekarang.
- Perubahan psikologi. Memahami emosi yang lebih kuat dan berubah-ubah, keperluan untuk dihargai, serta cara mengurus perasaan dengan baik.
- Cabaran remaja. Tekanan rakan sebaya, pengaruh media sosial dan kepentingan membuat pilihan yang bijak.
- Ancaman yang perlu diwaspadai. Risiko yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan diri, serta pentingnya berkongsi masalah dengan ibu bapa, guru atau orang dewasa yang dipercayai.
Sempena program ini, pasukan Klinik Tiara turut membuka booth saringan kesihatan yang menyediakan semakan ringkas seperti tekanan darah dan paras gula dalam darah.
Murid-murid memberikan perhatian dan kerjasama yang baik sepanjang sesi, dengan ramai yang aktif mengangkat tangan untuk menjawab dan bertanya.
Terima kasih kepada pihak pentadbiran dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Tenaga Sepakat atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Semoga perkongsian ini menjadi bekalan berguna buat murid-murid untuk membesar sebagai remaja yang sihat, matang dan berakhlak.

